Sebahagian penerima baucar Jom Shopping Deepavali kelihatan gembira setelah menerima baucar tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar pada program Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Sri Ternak, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri giat agih baucar RM100, bantu masyarakat India B40 sambut Deepavali

SHAH ALAM, 19 OKT: Pemberian baucar beli-belah berjumlah RM100 sempena perayaan Deepavali giat diagihkan kepada masyarakat India berpendatan rendah (B40) di serata Dewan Undangan Negeri.

Dato’ Menteri Besar berharap manfaat program Jom Shopping itu dapat meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan berkenaan tidak lama lagi.

“Seperti kebiasaan sambutan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, sambutan Deepavali tahun ini turut diwarnai dengan pemberian Baucar Jom Shopping,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

“Semoga pemberian ini (baucar RM100) mampu mengukir senyuman setiap warga negeri ketika beraya bersama keluarga kelak.”

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini, sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

 


Pengarang :