Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dewan Negeri ucap tahniah lima wakil rakyat menang PRU15

SHAH ALAM, 23 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) mengucapkan tahniah kepada lima Ahli Dewan Negeri (ADN) yang menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Speaker Ng Suee Lim menyampaikan ucapan ringkas itu pada mesyuarat ketiga penggal kelima Dewan Negeri Selangor yang mula bersidang pagi di Dewan Annex di sini.

“Sebelum memulakan sidang dewan saya ingin ucap tahniah kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, V Ganabatirau, Rodziah Ismail, Mohd Sany Hamzan dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi atas kemenangan pada PRU baru-baru ini,” katanya.

Pada PRU15, Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua menang Parlimen Gombak menewaskan penyandang tiga penggal kerusi itu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

ADN Batu Tiga Rodziah dan ADN Kota Kemuning Ganabatirau masing-masing menang di Parlimen Ampang dan Klang sementara Mohd Sany (ADN Taman Templer) menang di Hulu Langat dan Dr Ahmad Yunus (ADN Sijangkang) menang Parlimen Kuala Langat.


Pengarang :