Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah kelompok di Dataran Persatuan Penduduk Jalan AU2A/4, Kuala Lumpur pada 6 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kempen rakyat kibar bendera putih bukti BN, PN gagal urus kebajikan

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kempen kibar bendera putih yang digerakkan rakyat pada 2021 membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mentadbir kerajaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peristiwa rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan kerana gagal menyediakan makanan hingga terpaksa mencari alternatif sendiri tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Gombak itu kesal berikutan kejadian itu berlaku selepas kerajaan HARAPAN yang dipilih rakyat pada 2018 ditumbang dan digantikan BN dan PN.

“Mereka ini yang beria-ia jatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihan raya 2018 dengan mendakwa kononnya kerajaan HARAPAN tidak stabil.

“Realitinya, kestabilan itu diwujudkan oleh kelompok sama yang mempunyai cita-cita dan impian sendiri,” katanya pada ceramah kelompok di Taman Keramat di sini hari ini.

Kempen kibar bendera putih digerakkan rakyat ketika berdepan pandemik Covid-19 bagi membantu mereka yang terjejas mengguna media sosial dengan tanda pagar #RakyatJagaRakyat.

Menerusi kaedah itu, mereka yang memerlukan bantuan atau kehabisan bekalan makanan perlu mengibarkan bendera putih dihalaman rumah sebagai petunjuk memerlukan bantuan.


Pengarang :