AGENSISELANGOR

Cabaran TikTok #PusingSelangorDulu tawar 24 hadiah menarik lebih RM5,000

SHAH ALAM, 22 DIS: Orang ramai berpeluang memenangi 24 hadiah menarik bernilai lebih RM5,000 menerusi Cabaran TikTok #PusingSelangorDulu.

Tourism Selangor memaklumkan peraduan yang berakhir 31 Disember terbuka kepada semua yang boleh disertai menerusi tiga langkah mudah.

“Langkah pertama adalah muatnaik video yang diambil di mana-mana lokasi dalam Selangor. Langkah kedua, video tersebut mesti menggunakan latar belakang lagu rasmi Tourism Selangor iaitu Guna Sahaja.

“Langkah terakhir adalah menggunakan lima tanda pagar yang disediakan,” jelas Tourism Selangor di Facebook.


Pengarang :