Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena program Wacana Membangun Malaysia Madani dan Amanat Perdana Menteri di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor dalam posisi tepat masuki era baharu antara Kerajaan Negeri dan persekutuan

SHAH ALAM, 21 JAN: Selangor berada dalam posisi tepat untuk memasuki era baharu menerusi pertalian erat antara Kerajaan Negeri dan persekutuan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keunikan dan kerencaman Selangor yang dianggap sebagai ‘melting pot’ negara mendorong Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan semua komuniti.

Ahli Parlimen Gombak itu menjelaskan dorongan tersebut dibuktikan menerusi tekad supaya Selangor Bangkit dan Kita Maju Bersama.

“Tekad ini diterjemahkan menerusi tindakan Kerajaan Negeri pada tahun lalu dan diteruskan tahun ini.

“Misalnya, selepas Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diluluskan pada 2022, kini Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP) sedang meneliti garis masa bagi projek utama di dalam RS-1 untuk diteruskan,” katanya dalam perutusan perayaan Tahun Baharu Cina hari ini.

Amirudin berkata zodiak haiwan arnab air yang diraikan pada tahun ini membawa pengertian keamanan, panjang umur serta kemakmuran.

Menurutnya pemaknaan simbol ini datang tepat pada waktunya ketika negara memasuki era baharu berlandaskan perpaduan yang membawa kemakmuran dan keamanan bagi segenap lapisan masyarakat.

 


Pengarang :