Pengunjung beratur membeli makanan di bazar Ramadan berhampiran Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam pada 21 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Bazar Ramadan: MBSA lulus 1,204 permit niaga bazar, 111 petak masih kosong

SHAH ALAM, 7 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan 1,204 permit perniagaan bazar Ramadan di 25 lokasi pada tahun ini, kata timbalan datuk bandar.

Ir Cheremi Tarman berkata setakat hari ini, sebanyak 111 petak di tujuh bazar masih kosong kerana ada permohonan peniaga terpaksa ditolak selepas tidak memenuhi syarat ditetapkan.

“Tujuh bazar Ramadan yang masih kosong ialah di TTDI Jaya, Subang Perdana, Seksyen U5, Subang 2, Seksyen U13, dan dua di Bandar Baru Sungai Buloh.

“Setiap tapak mempunyai jumlah kekosongan kira-kira lima peratus. Ia berlaku kerana ada permohonan peniaga yang terpaksa ditolak kerana tidak lengkap dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan sistem ePenjaja MBSA dan kempen pemakaian pelitup muka sempena penyerahan permit bazar Ramadan 2023 di Pusat Konvesyen MBSA di sini. hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBSA di talian 03-5510 5133sambungan 1762, 1486, 1699, 1317 atau 1366.


Pengarang :