Keadaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada 24 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lorong kiri terowong Meru arah selatan ditutup dari 20 Mac hingga 14 April

IPOH, 18 MAC: Lorong kiri terowong Meru di Kilometer (KM) 260.30 hingga KM262.05, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan akan ditutup bermula Isnin ini sehingga 14 April depan bagi kerja penurapan jalan.

Plus dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja fasa kedua penambahbaikan turapan jalan dapat dilaksanakan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah hari, sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Plus laluan kontra akan dibuka secara berkala sekiranya perlu, bergantung keperluan semasa bagi melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.

Justeru pengguna yang menghala ke selatan Ipoh-Kuala Lumpur dinasihat merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi Plus untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Pengguna juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan Plus dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :