Pelakon Hafidz Roshdi hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac 2023 atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Foto Facebook Rizal Hakimm Punyer
AGENDANASIONAL

Pelakon mengaku tidak salah tumbuk isteri hingga lebam

SHAH ALAM, 13 Mac – Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menumbuk isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac.

Pengakuan pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dibuat hari ini selepas pertuduhan dibaca depan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret, lapor Berita Harian.

Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali mengakibatkan mangsa luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Perbuatan berkenaan didakwa berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pukul 3.30 pagi pada 2 Mac.


Pengarang :