Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita premis tanpa lesen dalam operasi di Jalan Permai D, Tasik Permai, Ampang pada 10 April 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

Padah beroperasi tanpa lesen, 16 premis perniagaan disita MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 11 APRIL : Sebanyak 16 premis perniagaan tanpa lesen disita dalam operasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Permai D, Tasik Permai dan Pangsapuri Berembang Indah, Ampang semalam.

Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat MPAJ berkata operasi Jabatan Penguatkuasaan itu turut mengeluarkan satu kompaun atas kesalahan menggaji warga asing tanpa permit.

“Sebanyak 30 premis perniagaan telah diperiksa dalam operasi itu dan 16 didapati beroperasi tanpa lesen.

“Lapan premis yang disita terletak di Jalan Permai D dan lapan lagi di Pangsapuri Berembang Indah sementara kompaun turut dikeluarkan di premis sekitar pangsapuri itu” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita premis tanpa lesen dalam operasi di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang pada 10 April 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Menurutnya tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 serta Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPAJ) 2007.

“Sebarang aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran perlulah mendapat lesen perniagaan daripada MPAJ.

“Peniaga juga dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak perlanggaran undang-undang khususnya dalam mengaji warga asing,” tambahnya.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke mpaj.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau Whatsapp ke nombor 019-266 8100.


Pengarang :