Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Petaling Jaya sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung (dua, kiri) di Jalan Othman 1/14, Seksyen 1, Petaling Jaya pada 13 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

MB rasmi Pusat Khidmat Parlimen Petaling Jaya, mula operasi hari ini

PETALING JAYA, 13 MEI: Pusat Khidmat Parlimen Petaling Jaya kini dibuka di Jalan Othman di sini, dan bersedia membantu masyarakat yang memerlukan.

Wakil rakyatnya Lee Chean Chung berkata sejak dipilih sebagai ahli Parlimen pada November tahun lalu, beliau tidak mempunyai pejabat rasmi dan berkhidmat secara bergerak (sistem mobil).

“Sebelum ini saya bertemu rakyat secara bergerak. Tetapi kerja kita tidak terjejas pun. Cuma sekarang lebih selesa dan teratur.

“Saya pilih kawasan ini kerana ia lokasi strategik. Ia berdekatan Terminal Bas Jalan Othman, sekali gus dapat mempromosi perkhidmatan awam,” katanya selepas majlis perasmian pusat khidmat berkenaan hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan turut dihadiri lebih 200 penduduk serta pemimpin masyarakat.

Pusat Khidmat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1 dibuka setiap hari bermula hari ini pada jam 10 pagi hingga 4 petang.

Lee, 42, yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN memenangi kerusi Petaling Jaya pada pilihan raya lalu dengan majoriti 50,575 undi.


Pengarang :