Penduduk Palestin mengibarkan bendera berhampiran Masjid Al-Aqsa di Old City Jerusalem pada 21 Mei 2021. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Polis Israel serbu Masjid Al-Aqsa saat 100,000 umat Islam solat Aidiladha

JERUSALEM, 28 JUN: Sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, mengikut sumber tempatan.

Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA.

Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma juga dikenali sebagai Pintu Emas menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu.

-BERNAMA-WAFA


Pengarang :