Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah pada majlis Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 6 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor iktiraf, hargai pelabur yang beri sumbangan kepada negeri

SUBANG JAYA, 6 JUN: Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor kembali diadakan tahun ini bagi mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pelabur.

Dato’ Menteri Besar berkata anugerah diberi kepada individu, syarikat dan organisasi yang memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan serta pembangunan ekonomi negeri melalui aktiviti pelaburan.

“Anugerah ini diadakan kali terakhir pada 2018 dan terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19. Jadi malam ini pengiktirafan diberi kepada pemenang dari 2019 hingga 2022.

“Anugerah malam ini adalah bukti sumbangan cemerlang pelabur. Tahniah kepada semua pemenang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 6 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Pencapaian luar biasa semua pelabur menunjukkan kekuatan kerjasama dan perkongsian dengan Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada majlis berkenaan hari ini.

Sementara itu Invest Selangor selaku penganjur memaklumkan pemenang dipilih berdasarkan pelaksanaan projek yang mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Beberapa kategori dipertandingkan antaranya pelaburan syarikat tempatan tertinggi di Selangor, pelaburan syarikat luar tertinggi, lokasi utama pelaburan oleh pihak berkuasa tempatan dan pejabat tanah.

“Selain itu terdapat dua anugerah khas, masing-masing untuk syarikat tempatan dan luar negara yang mempamerkan komitmen dan pencapaian luar biasa,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 6 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :