Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah (berdiri, tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide salur RM3 juta jayakan program kebajikan, manfaat lebih 9,000 anak yatim

SHAH ALAM, 30 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan RM3 juta bagi mengerakkan pelbagai program kebajikan untuk anak-anak yatim sejak awal Januari.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata peruntukan itu memanfaatkan lebih 9,000 anak yatim daripada 25 rumah kebajikan yang berdaftar di bawah Yide

Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah bercakap kepada Media Selangor pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Bantuan diberikan kepada anak-anak yatim yang ingin melanjutkan pengajian, bantuan persekolahan dan ketika Ramadan. Keseluruhan, kita telah agih RM3 juta sejak awal tahun untuk anak-anak yatim.

“Ini semua hasil sokongan orang ramai yang membantu dengan memberi sumbangan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim ini,” katanya ditemui selepas program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS hari ini.

Tambah Nur Mohd Razali, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh melayari laman sesawang dan Facebook Yide atau menghubungi talian 03-3345 9900.

Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Nur Mohd Razali Abdullah (dua, kiri) melawat reruai rumah anak yatim pada program Hari Terbuka Rumah Anak Yatim Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada 40 anak-anak yatim yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Yide merupakan agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di seluruh Selangor.

 


Pengarang :