EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim (tengah) menyaksikan majlis pertukaran perjanjian kerjasama antara Wavepay dan Mydin ketika Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Mydin langgan e-dompet Wavpay, aplikasi dibangun anak syarikat kumpulan MBI

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjadi syarikat pertama melanggan aplikasi e-dompet Wavpay dibangunkan anak syarikat Kumpulan Dato’ Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI, Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd.

Pengerusi aplikasi Dato’ Teng Chang Khim berkata menerusi aplikasi Mydinpay, ia dapat menggalakkan transaksi tanpa tunai serta digitalisasi selain menaikkan imej korporat syarikat.

“Menerusi aplikasi ini, urusan beli belah pelanggan lebih mudah kerana tidak perlu membawa wang malah boleh menerima manfaat sampingan seperti pengumpulan bonus.

Pengerusi Wavepay Dato’. Teng Chang Khim berucap di Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Aplikasi ini membolehkan pihak yang melanggan mempunyai identiti jual beli sendiri. Untuk bangunkan sistem ini perlukan kos tinggi namun kerjasama ini dapat menjimatkan,” katanya.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersama Fintech Holding.

Pengerusi Wavepay Dato’. Teng Chang Khim (dua , kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Wavepay dan Mydin ketika Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Bekas EXCO pelaburan negeri itu juga memaklumkan beberapa syarikat gergasi turut menunjukkan minat menggunakan aplikasi terbabit.

“Ada beberapa syarikat besar termasuk pasar raya mahu menggunakan khidmat kami. Kita akan umumkan nanti,” katanya.


Pengarang :