Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam pada 24 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

500 ayam, 300 kampit beras, telur habis tiga jam di JER Batu Tiga

SHAH ALAM, 24 DIS: Ayam, telur, beras, daging, minyak masak habis kurang tiga jam di Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Kampung Kebun Bunga di sini hari ini.

Penyelia JER Mikael Haikal Amir Iskandar berkata jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu membawa 500 ekor ayam, beras (300 beg), telur gred B (300 papan), ikan dan daging pejal segar (200 pek) serta minyak masak (72 botol).

Penyelia JER
Mikael Haikal Amir Iskandar. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berkata, pihaknya membuka jualan pada jam 9.30 pagi dan jam 12.20 tengah hari produk seperti ayam, telur, beras, daging dan minyak masak habis dijual.

“Selain itu kita turut membawa beberapa barangan tambahan lain antaranya hati ayam dan kaki ayam yang dijual pada harga RM2 manakala sotong dan kerang masing-masing RM10 sepaket.

“Dalam program hari ini, kita beri peluang pelanggan beli barangan tanpa had berikutan minggu ini cuti Krismas,” katanya ketika ditemui.

Jualan murah kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam pada 24 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam pada 24 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 susulan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

Pengarang :