AGENDANASIONAL

Lima daerah Selangor, KL diramal ribut petir hingga 10 malam

SHAH ALAM, 29 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling hingga 10 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur, Perlis, Labuan dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :