Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Flat Putri Laksamana, Gombak pada 17 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kinrara, Kota Kemuning antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 5 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Jalan TPK 2/2, Taman Perindustrian Kinrara (Kinrara) dan pekarangan Masjid Al Bakri, Kampung Bukit Naga (Kota Kemuning).

Jualan sama turut berlangsung di No 19 Jalan Surau Hj Dahlan, Parit 11 Barat (Sabak) dan Pangsapuri Seri Pelangi, Jln PU/5 Taman Tasik Prima (Seri Serdang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :