Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) beramah mesra bersama orang ramai pada Walkabout disekitar pekan Kerling, Kuala Kubu Bharu pada 02 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PRK KKB: Kerajaan Perpaduan bentang manifesto dengan 4 teras utama esok

HULU SELANGOR, 2 MEI: Kerajaan Perpaduan bakal membentangkan manifesto mengandungi empat teras utama kepada warga Kuala Kubu Bharu, esok.

Calonnya Pang Sock Tao berkata empat teras berkenaan membabitkan pembangunan ekonomi, alam sekitar, kesejahteraan rakyat serta budaya dan warisan.

“Manifesto Kerajaan Perpaduan akan berlandaskan empat teras iaitu ekonomi, alam sekitar, kesejahteraan rakyat dan yang terakhir adalah budaya dan warisan.

“Saya akan perincikan semuanya esok. Semua ini merupakan insentif yang kami akan tawarkan kepada penduduk Kuala Kubu Bharu sempena pilihan raya kecil,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kampung Pasir, Kerling di sini, hari ini.

Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan manifesto pada program Ceramah Mega Perpaduan di Bandar Utama Batang Kali jam 9 malam esok.

Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Pengerusi HARAPAN negeri Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Pengarang :