BERITA UTAMASELANGOR

KUIS perkukuh Pelan Strategik 2014-2018

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JAN: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara Institut Pengajian Tinggi terbaik di negeri ini menerusi pelan pembanguan Strategik Kuis 2014-2018.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, pelaksanaan akan diteruskan untuk tempoh berakhir 2018 ini.

“Tahun 2018 ini juga bakal menyaksikan hasil pencapaian Pelan Strategik KUIS 2014-2018 yang telah dibentangkan pada tahun 2014,” katanya kepada SelangorKini.

Menerusi laporan yang dipaparkan di laman sesawang rasmi KUIS mendedahkan, pelan berkenaan meliputi lima teras utama merangkumi, akademik, pentadbiran, mahasiswa, kewangan dan ekonomi serta ICT (Penggunaan Teknologi Pintar).

Ia meliputi 40 strategi utama, ia turut menekankan 89 petunjuk prestasi utama menerusi keterlibatan 126 indikator.

Sementara itu, antara fokus utama termasuklah melaksanakan program akademik terkini berteraskan tauhid – melalui pendidikan terbaik yang dibantu dengan peralatan dan prasarana lengkap di KUIS.

Selain itu, sasaran pelan terbabit termasuklah fokus untuk melahirkan potensi insan dan keupayaan organisasi berdaya saing – merangkumi aspek pengurusan fasiliti.

Pada masa sama, KUIS turut memfokuskan kepada usaha untuk membangunkan dan meningkatkan kualiti mahasiswa daripada sudut ilmu, kemahiran, perasaan, sikap, sahsiah, nilai melalui program formal dan informal.

=EZY=


Pengarang :