GLOBALSUKANKINI

EPL: Chelsea rampas tangga keempat

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 13 FEB: Chelsea kembali menduduki tangga keempat selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan West Bromwich Albion dalam aksi tungga Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Eden Hazard meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan, pada minit ke-25 menerusi rembatan rendah dalam kotak penalti selepas melakukan gerakan satu-dua bersama Olivier Giroud.

Bersambung babak kedua, Victor Moses menggandakan jaringan menjadi 2-0, pada minit ke-63 selepas tenang menyambut umpanan Cesc Fabregas.

Selang lapan minit kemudian, Hazard sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring untuk gol ketiga Chelsea, pada minit ke-71.

Kemenangan itu menyaksikan persaingan kelompok lima teratas semakan menarik khususnya dalam merebut tangga kedua di belakang pendahulu, Manchester City.

Manchester United kedua dengan 56 mata diikuti Liverpool (54 mata), Chelsea (53) dan Tottenham Hotspur (52).

 


Pengarang :