GLOBAL

Gempa Taiwan: 2 maut, 200 cedera, hotel hampir tumbang

GLOBAL 7 FEB: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 200 cedera akibat dihempap bangunan yang runtuh.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sebuah hotel dan pangsapuri antara bangunan yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut manakala lima bangunan termasuk sebuah hospital rosak dengan beberapa lebuh raya mengalami keretakan.

Hotel Marshal di bandar ini hampir tumbang manakala para petugas penyelamat berhempas pulas mengeluarkan penginap hotel menggunakan kren.

Sebanyak 15 gegaran susulan direkodkan di Hualien yang merupakan pusat pelancongan yang popular di negara ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter itu melanda bandar Hualien hari ini.

Beberapa imej yang disiarkan menerusi laman sosial menunjukkan kerosakan teruk pad jalan raya dan sebahagian bangunan tinggi di bandar tersebut runtuh.

Pasukan keselamatan juga dilaporkan bertungkus lumus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan.

SUMBER: AFP/BBC NEWS


Pengarang :