Harga minyak global meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Harga minyak global meningkat

NEW YORK 14 FEB: Harga minyak ditutup tinggi pada Selasa berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan lonjakan dalam harga minyak yang dibuka rendah pada awal dagangan.

Ia berlaku selepas Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan bekalan boleh mengatasi permintaan, lapor REUTERS.

Bagaimanapun, pasaran merosot dalam dagangan pasca penutupan selepas kumpulan industri, The American Petroleum Institute berkata minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.9 juta tong dalam minggu berakhir 9 Februari lalu.


Penganalisis menjangkakan bekalan hanya meningkat sebanyak 2.8 juta tong.

Niaga hadapan Brent mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan pada awal sesi tetapi penanda aras itu ditutup pada AS$62.72 setong, naik 13 cents atau 0.2 peratus.

U.S. West Texas Intermediate pula ditutup 10 cents, atau 0.2 peratus lebih rendah kepada AS$59.19 setong.

SUMBER: REUTERS

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next