KENYATAAN MEDIA

SYABAS janji tangani aduan bil tinggi

Semenjak seminggu lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), telah merekodkan peningkatan bilangan aduan bil tinggi daripada pelanggan berbanding bulan sebelumnya.

Kami memandang serius perkara ini dan ingin memaklumkan pelanggan yang mempunyai keraguan mengenai bil air yang diterima untuk menghubungi Pusat Perhubungan kami di talian 15300.

Aduan juga boleh dipanjangkan menerusi e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor akaun dan nombor perhubungan atau salinan bil yang diterima atau hantar gambar bil air menerusi aplikasi WhatsApp 019-2816793 / 019- 2800919.

Sementara menunggu siasatan dan pengesahan status bil diadukan, pelanggan boleh menangguh pembayaran bil air bagi Januari dan Februari 2018.

SYABAS memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan air tidak akan dipotong kerana aktiviti pemotongan bekalan telah ditangguhkan hingga akhir bulan Mac 2018.

SYABAS mohon maaf atas sebarang kesulitan dihadapi pelanggan dan akan mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan segala aduan.


Pengarang :