SELANGOR

Tawaran beg plastik percuma jadi bahan senda nitizen

 

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 FEB: Tawaran Umno-Barisan Nasional (UMNO-BN) Selangor memberi beg plastik percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan negeri terkaya itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipersendakan nitizen.

Rata-rata nitizen di laman sosial facebook menganggap tawaran Umno-BN itu bukan sahaja melucukan, malah tidak memberi signifikan dalam membantu kehidupan rakyat berbanding pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Negeri.

“Mahu ke tak mahu beg plastik percuma? Pakatan Harapan bagi air, Wi-Fi, bas, Kad Peduli sihat, KISS,” tulis Azlina Adnan dalam status

Pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Namaku Faizal pula memuatnaik poster yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan beberapa pemimpin lain mengumumkan pemberian beg plastik percuma dalam satu majlis sambil masing-masing memegang beg plastik berwarna biru.

“Nak gelak ke nak nangis pun konfius. PH Selangor bagi air percuma, bas percuma BN tawarkan beg plastik percuma. Undi BN ‘for free plastic bag’,” tulisnya.

MrZak Abdhamid pula menyifatkan janji BN itu sebagai sesuatu yang lucu.

“Manifesto BN – beg plastik percuma… Memang ‘win,” tulisnya.


Pengarang :