NASIONAL

Dewan Rakyat bertafakur pemergian ahli parlimen

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Dewan Rakyat hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) dan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Zainudin, 57, meninggal dunia akibat ketumbuhan otak, pada 6 Disember tahun lalu, manakala Abdul Manan, 69, meninggal pada 12 Februari dipercayai sesak nafas.

Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili Dewan Rakyat menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian kedua ahli parlimen yang merupakan kehilangan besar kepada negara.

Selain ucapan taKziah, beliau berharap seluruh ahli keluarga kedua allahyarham terus tabah berdepan situasi itu.

Pandikar turut mendoakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Zainuddin menjadi Ahli Parlimen Jelebu sejak 2013, manakala Abdul Manan dipilih sebagai Ahli Parlimen Paya Besar mulai 2008.


Pengarang :