GLOBAL

Nelayan temui ikan ‘gergasi misteri’

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

QUEENSLAND, 12 MAC: Nelayan menemui ikan misteri berukuran dua meter panjang dan berat kira-kira 150 kilogram lebih dari ukuran seekor panda dewasa, di selatan Queensland.

Nelayan, John dan Riley Lindholm berkata, ikan itu dijumpai ketika mereka berjalan, di pantai Moore Park, Bundaberg.

“Saya sudah lihat banyak jenis ikan besar tetapi tak pernah tengok ikan seperti ini.

“Saya kerap lihat ikan paus terdampar di pantai tetapi saiz dan jenis ikan ini buat saya terkejut,” katanya memetik laporan ABC Sydney.

Walaupun Lindholm adalah seorang nelayan yang bekerja di atas kapal sepanjang hidupnyatetaoi dia tetap tidak dapat menentukan jenis ikan yang ditemuinya itu selain menyebutnya sebagai salah satu perkara paling luar biasa pernah ditemuinya.

Bagaimana ikan itu terdampar di pantai masih misteri tetapi Lindholm mengesyaki ia mencapai hujung jangka hayatnya kerana tidak mengalami kecederaan fizikal untuk mencadangkan ia mati akibat terkena bot.

Peronda Bot dan Perikanan Queensland berunding dengan pakar di Muzium Queensland untuk mengenal pasti spesies ikan itu.


Pengarang :