EKONOMI

Ringgit diniaga rendah 3.9050/9100 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 15 MAC: Ringgit dibuka sedikit lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain dalam dagangan berhati-hati pagi ini, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9050 / 9100 dari 3.9040 / 9080 semalam.

Peniaga berkata, ringgit lebih rendah, walaupun pengumuman oleh Jawatankuasa Kestabilan Kewangan (FSC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kestabilan kewangan domestik yang dijangka kekal utuh tahun ini.

FSC menyatakan kestabilan terus dipelihara dan disokong oleh institusi kewangan yang kukuh dan pasaran kewangan domestik yang teratur.

Sementara itu, mengenai prospek global, peniaga berkata risiko itu terus meresap melalui pasaran sebagai peniaga berebut untuk menyemak semula kedua-dua inflasi dan ramalan pertumbuhan AS berikutan indeks harga pengguna yang lembap, serta jualan runcit AS yang suram pada Februari yang turut memberikan lebih banyak kekecewaan kepada pasaran.

Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9825 / 9870 daripada 2.9786 / 9830 pada Rabu dan lemah berbanding yen kepada 3.6885 / 6936 daripada 3.6630 / 6674.

Ringgit juga menyusut berbanding euro kepada 4.8336 / 8402 daripada 4.8273 / 8334 dan turun mendadak berbanding pound British kepada 5.4561 / 4634 daripada 5.4453 / 4524.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :