SELANGOR

Smart Selangor untuk jadikan Selangor negeri terulung Asean

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 MAC: Smart Selangor yang diilhamkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merupakan satu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di rantau Asean yang peduli rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), YM Raja Shahreen Othman, berkata selain itu Smart Selangor juga dilandasi penggunaan teknoloji terkini bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

“Sejak diumumkan pada tahun 2015 dan terus diusahakan sehingga kini, pelbagai inisiatif yang dirangka berlandaskan 12 tunjang utama iaitu ‘Smart Governance’, ‘Smart Digital Infrastructure’, ‘Smart Transport & Mobility’ dan ‘Smart Waste Management’,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Activ8 Smart Selangor & Forum Bicara Smart Selangor yang bertajuk “Kesukarelawan: Glamor @ Tanggungjawab Sosial” di Stadium Melawati di sini, semalam.

Jelasnya, selain itu turut menjadi tunjang utama adalah ‘Smart Social Support’, ‘Smart Healthcare & Well-Being’, ‘Smart Education’, ‘Smart Water Management’, ‘Smart Energy’, ‘Smart Food & Agro’, ‘Smart Safety & Security’, ‘Smart Building & Smart Disaster Management’.

Katanya, Smart Selangor Delivery Unit dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus mara ke hadapan untuk melakar pelbagai kemajuan dan memudahkan kehidupan harian rakyat Selangor.

=EZY=


Pengarang :