SUKANKINI

UCL: Pertembungan Juventus-Real Madrid, Liverpool-Manchester City jadi tumpuan

OLEH AFIX REDZUAN

NYON, 17 MAC: Undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bakal mempertemukan dia finalis musim lalu, Real Madrid dan Juventus sementara dua kelab dari Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester City akan bertembung sesama sendiri bagi menempah tempat ke separuh akhir.

Dalam undian yang berlangsung di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland, Juventus akan melayan kunjungan Real Madrid sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan akhir di Cardiff, April tahun lalu yang memihak kepada Real Madrid dengan keputusan 4-1 sekaligus menjulang trofi UCL buat kali ke-12.

Hanya satu pasukan dari Liga Perdana Inggeris bakal melangkah ke separuh akhir selepas juara lima kali, Liverpool akan menanti kunjungan The Citizen di Anfield sebelum bertandang ke Eitihad Stadium dalam perlawanan timbal balik.

Kedua-dua pasukan kali terakhir bertemu Januari lalu dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang memihak Liverpool 4-3 sementara City menang 5-0 pada pusingan pertama.

 

Pendahulu La Liga, Barcelona dijangka menempah laluan mudah ke separuh akhir selepas diundi bertemu satu lagi wakil kelab Itali, Roma.

Kali terakhir mereka bertemu pada musim 2015/16 di peringkat kumpulan yang memihak Barcelona dengan keputusan 6-1.

Satu lagi pertemuan menyaksikan Sevilla akan bertemu wakil tunggal dari Jerman, Bayern Munich.

Sevilla yang mengejutkan juara Piala Europa musim lalu, Manchester United dijangka mampu membuat kejutan memberikan saingan sengit kepada pendahulu Bundesliga itu.

Bayern yang turun dengan rekod kemenangan agreget terbesar 8-1 ke atas Besiktas pastinya mahu merobek Sevilla dalam kunjungan ke Sepanyol.

Perlawanan pertama akan dilangsungkan pada awal pagi 4 dan 5 April manakala perlawanan kedua pada 11 dan 12 April waktu Malaysia.

 

Jadual UEFA 2017/18:

Quarter-finals: 3/4 & 10/11 April
Semi-final draw: 13 April
Semi-finals: 24/25 April & 1/2 May
Final: Saturday 26 May, NSC Olimpiyskyi stadium, Kyiv

Kredit Foto: UEFA Champions League


Pengarang :