Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Hulu Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 26 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu langor dan Gombak sehingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir itu juga dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, beberapa kawasan di Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal alami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :