NASIONAL

KEADILAN gerak ‘jentera perang’ menuju Putrajaya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 APR: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, barisan pimpinan KEADILAN bertambah kuat walaupun rakyat dimomokkan dengan pelbagai mitos palsu daripada Barisan Nasional (BN).

“Mereka (BN) kata kita tidak mampu menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai sebarang kemahiran mentadbir negeri.

“Tetapi sudah terbukti KEADILAN mampu menguruskan Selangor lebih baik berbanding BN mahupun Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) KEADILAN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, hari ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail optimis Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) kali ini adalah pilihan raya terakhir buat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ini kerana persiapan kempen PRU14 adalah terbaik sepanjang 19 tahun KEADILAN diwujudkan.

“BN gerun setelah melihat Pakatan Harapan (PH) bersatu padu menggunakan logo KEADILAN untuk menghadapi PRU14.

“Mereka gentar, tidak dinafikan BN boleh gunakan kuasa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menteri untuk menggugat kedudukan KEADILAN mahupun PAKATAN, tapi mereka sesekali tidak akan dapat menghapuskan semangat KEADILAN yang wujud dalam diri kami,” katanya.

Turut hadir dalam pelancaran itu adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin serta ramai pimpinan lain.

=EZY=

 


Pengarang :