NASIONAL

Polis beri amaran jangan cetus provokasi ganggu PRU

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 APR: Polis memberi amaran kepada penyokong parti politik untuk tidak mencetuskan sebarang provokasi mahupun ancaman sepanjang proses Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau kumpulan yang cuma mencetuskan kekecohan.

“Sekiranya berlaku insiden seperti membakar bendera parti atau menyimbah cat mereka boleh ditangkap dan diheret ke muka pengadilan.

“Kita tidak teragak untuk menahan dan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang mencetuskan huru hara,” katanya,

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan.

Pada masa sama, Najmuddin berkata, polis juga akan memastikan keadaan sentiasa terkawal bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.


Pengarang :