EKONOMI

Ringgit susut, diniaga 3.8660/8705 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 3 APR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di tengah-tengah percanggahan isyarat dan dengan pasaran membuat kedudukan menghadapi kemungkinan memuncaknya perang perdagangan, harga minyak lebih rendah, selain halangan domestik yang mula bertiup, kata peniaga.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata faktor-faktor itu memberi tekanan kepada ringgit, menyukarkannya meraih momentum menaik hari ini.

“Sementara perang perdagangan sebenar bukanlah asas senario kes, kebimbangan ia akan meningkat membimbangkan pelabur dan menyebabkan lebih ramai enggan mengambil risiko.

Selain itu, dengan laporan pekerjaan AS akan diumumkan minggu ini, ia menambah tekanan ke atas nota tempatan,” katanya.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8660/8705 berbanding 3.8600/8640 semalam.

Peniaga berkata, ringgit menunjukkan tanda ia meraih manfaat daripada harga minyak yang stabil.

Brent ketika ini didagangkan pada AS$67.88 satu tong berbanding AS$69.95 satu tong semalam.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :