NASIONAL

Azam bawa Malaysia ke arah lebih baik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berazam akan melaksanakan tugas dengan baik bagi menuju Malaysia yang lebih cerah.

Gobind menyifatkan pemilihannya sebagai Menteri Persekutuan merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya.

“Ini merupakan penghormatan besar buat saya kerana dapat berkhidmat demi negara kita atas kapasiti tersebut.

“Sesungguhnya ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan seluruh rakyat kerana menaruh kepercayaan terhadap saya.

“Saya pasti akan melakukan yang terbaik dalam menuju ke arah Malaysia yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam laman facebook.

Terdahulu, Gobind antara tersenarai dalam barisan kabinet iaitu memegang portfolio Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain Gobind, turut dipilih menjadi Menteri Persekutuan Dr Maszlee Malik bakal memegang portfolio Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Manakala, Ahli Parlimen Ampang yang bakal memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

=EZY=


Pengarang :