dav
SELANGOR

Disapa, ajak gambar bersama warnai sesi Walkabout Dr Daroyah

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 3 MEI: Program ‘Walkabout’ Calon KEADILAN Sementa, Dr Daroyah Alwi di Pasar Malam Taman Cempaka Sari disambut meriah penduduk setempat, di sini, semalam.

Ini kerana, ketibaannya dilokasi itu disapa penduduk setempat dan tidak kurang juga ramai antara mereka mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Daroyah berkata, program itu merupakan salah satu usaha beliau mendekati masyarakat setempat sekali gus mendengar masalah dihadapi mereka.

“Sekiranya mahukan pelbagai inisiatif dilaksanakan bukan sahaja di Selangor tetapi di Malaysia, saya menyeru rakyat undilah Pakatan Harapan (PAKATAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk kami laksanakan program IPR di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, mantan Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Keluarga itu turut memuji sokongan yang diberikan masyarakat di Taman Cempaka Sari apabila ada beberapa pengunjung menyapa beliau untuk bergambar bersama.

Terdahulu, Daroyah sudah memulakan program ‘walkabout’ dengan menyantuni masyarakat di pasar malam sejak mula berkempen lagi kerana ia lebih luas dan paling utama adalah kebanyakan masyarakat pelbagai bangsa dapat ditemui secara terus.

dav

Daroyah yang juga merupakan penyandang calon N.43 PAKATAN itu bakal bertemu pencabar empat penjuru iaitu Datuk Saroni Judi daripada (BN), Wan Hasrina Wan Hassan (PAS), Gandhi Nagamuthu Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada PRU14 nanti.


Pengarang :