SELANGOR

Ezam sokong Azmin kekal MB

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MEI: Pengerusi Hisbah Center For Reform (HISBAH), Datuk Mohamed Ezam Md Nor secara terbuka menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus kekal sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sebagai anak jati Selangor, beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Mohamed Azmin yang bekerja kuat membangunkan negeri itu sejak diberikan amanah walaupun satu ketika dahulu wujud perselisihan faham antara mereka.

“Saya hadir memberikan sokongan kepada Azmin kerana saya mahu menjadi warga Selangor yang bertanggungjawab menyokong beliau.

“Kewajipan kita mendokong (Dato’) Menteri Besar yang kerja kuat dan penuh komited. Menteri Besar penyamun jangan sokong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Cermah Perdana Amanat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan Seri Setia, di sini, malam tadi.

Mohamed Ezam turut mendakwa terdapat gerakan untuk menjatuhkan Mohamed Azmin selaku Dato’ Menteri Besar kerana beliau bukan sahaja berpotensi memimpin negeri, malah mentadbir negara.

Katanya, Barisan Nasional akan berusaha sehabis daya untuk kembali mentadbir Selangor yang kini mempunyai rizab tinggi dan kaya dengan hasil pendapatan.


Pengarang :