AGAMASELANGOR

3 kawasan Selangor, lihat anak bulan Syawal 14 Jun ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 JUN: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 14 Jun ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, ketetapan Rukyah dan Hisab ditetapkan bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa.

Sementara itu 29 tempat melihat anak bulan sudah dikenal pasti melibatkan beberapa kawasan seluruh negara.

Antaranya di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan.

Di Selangor, lokasi melihat cerapan anak bulan dibuat di Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Umumnya, pengisytiharan pengumuman tarikh akan dibuat di televisyen dan radio seluruh negara, pada malam sambutan Syawal.


Pengarang :