SELANGOR

Sultan Selangor titah DNS fokus isu rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan, di sini, pada 19 Julai lalu.

Suee Lim yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan diiringi Timbalan Speaker yang juga ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman.

Dalam pertemuan itu, baginda menyampaikan titah pesan kepada Speaker supaya meneruskan legasi sebelum ini, dengan memastikan sidang dewan berlangsung dalam keadaan tertib dan beradab merangkumi segenap aspek.

Ia termasuk memastikan ADN sentiasa menggunakan perkataan dan bahasa elok ketika perbahasan usul serta soal jawab, supaya DNS dipandang tinggi masyarakat.

Baginda juga mahu DNS terus memfokuskan kepada debat dan perbahasan berkenaan isu relevan yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menjana pembangunan negeri.

Kredit Foto: Facebook Royal Selangor Office


Pengarang :