GLOBAL

12 anak kapal Switzerland diculik lanun

GENEVA 23 SEPT: Seramai 12 anak kapal sebuah kapal dagang yang didaftarkan di Switzerland, dilaporkan diculik sekumpulan lanun, ketika berada di perairan Nigeria, semalam.

Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan berkata, kapal Glarus yang membawa bendera negara itu, diserang ketika sedang belayar di perairan Nigeria, ketika diserang oleh lanun.

Katanya, Pejabat Navigasi Maritim Switzerland sudah menghubungi syarikat pengendali kapal terbabit, namun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenainya.

Menurut laporan media tempatan Switzerland, sekumpulan lanun menyerang kapal yang membawa gandum itu ketika berada di antara Lagos dan Pelabuhan Harcourt, sebelum menculik 12 daripada 19 anak kapalnya.

Sementara itu, syarikat perkapalan yang mengendalikan Glarus, iaitu Massoel Shipping, gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

SUMBER: AFP

 


Pengarang :