NASIONAL

CIAST pelawa sertai Karnival Skills Malaysia 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 24 SEPT: Orang ramai dipelawa untuk turut serta menjayakan Karnival Skills Malaysia 2018, di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, di sini, mulai 30 September hingga 2 Oktober ini.

Bahagian Korporat CIAST, Muhammad Nooradzam Adam berkata, karnival itu diadakan sebagai memeriahkan suasana Pertandingan Kemahiran Peringkat Akhir dikenali sebagai ‘WorldSkills Malaysia Belia’ (WSMB) dan ‘WorldSkills Malaysia Pengajar’ (WSMP) yang dijadual bermula 4 September hingga 2 Oktober ini.

Katanya, pelbagai program dirancang khusus buat orang ramai sepanjang karnival terbabit berlangsung.

“Beberapa bidang dipertandingkan adalah Automobile Technology, Beauty Therapy, Electronic, Fashion Technology, Graphic Design, Hairdressing, Information Network Cabling, IT Network System Administration, IT Software Solution for Business, Mechatronics, Web Design, Electrical dan Mobile Robotics.

“Antara acara menarik lain termasuk Seminar TVET Skills Malaysia 2018 yang membincangkan topik ‘TVET Dan Revolusi Perindustrian 4.0, Isu Dan Peranan’ pada 30 September dan 1 Oktober.

“Di samping itu, orang ramai berpeluang menyaksikan ‘Pes Pro Evolution Soccer/FIFA 2018 Game di eSports Corner, selain terdapat Info Hunt Game, Live Demonstration, Busking, Permainan Tradisional dan persembahan daripada artis undangan,” katanya dalam kenyataan.

Mereka yang mempunyai Ssebarang pertanyaan atau maklumat, boleh menghubungi Muhammad Nooradzam Adam di talian 03-55438374 dan 012-3141742.


Pengarang :