PBTSELANGOR

5,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OKT: Hari Tanpa Kenderaan sempena ulang tahun ke-18 bandar raya Shah Alam berlangsung meriah apabila disertai kira-kira 5,000 masyarakat.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, menariknya program kali ini disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Kali ini MBSA turut menganjurkan ‘Pink Walk’ sempena kempen ‘Breast Cancer Awareness’, ‘Jom Picnic Dhuha’, ‘Eco Free Market’, ‘Jom Ikrar Derma Organ’ dan banyak lagi.

“Saya harap warga Shah Alam dapat bersama meraikan ulang tahun ke-18 MBSA yang akan menganjurkan pelbagai program lagi termasuk kesihatan,” katanya.

Selain itu, katanya, turut diadakan pelepasan acara berbasikal dan berjalan kaki, senamrobik, senaman taichi, persembahan pentas oleh Kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Katanya, sambutan ulang tahun ke-18 MBSA akan terus diadakan sepanjang bulan Oktober ini dengan menyediakan 13 program menarik.

Hadir sama EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.


Pengarang :