SELANGOR

Deepavali lebih bermakna buat 358 masyarakat India

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SUNGAI BESAR, 23 OKT: Sambutan Deepavali tahun ini lebih bermakna buat 358 masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan apabila menerima baucar ‘Jom Shooping Deepavali 2018’, di Pasaraya TF Value Mart, pada 20 Oktober lalu.

Ahli Dewan Negerinya, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan mereka untuk meraikan perayaan berkenaan.

“Bantuan yang diagih secara telus adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, malah ia tidak memilih ideologi politik tetapi semua yang berkelayakan berhak menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan meliputi semua kaum.

Katanya, skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat itu diperkenalkan bukan sahaja kepada penyokong Kerajaan Negeri, malahan semua layak menerima bantuan berkenaan, jika mereka anak Selangor.

“Kebanyakan penerima meluahkan rasa teruja dan gembira dengan bantuan ini serta berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.


Pengarang :