SUKANKINI

SOPMA18: Menang gangsa, olahraga tekad lebih berjaya

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 21 OKT: Kejayaan atlet olahraga Selangor memenangi dua pingat gangsa dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018, adalah kesungguhan mereka untuk mencatat kejayaan dalam kejohanan itu.

Jurulatihnya, P Parameswaran berkata, pihaknya berpuas hati dengan kejayaan itu dan akan merangka program latihan seterusnya demi manfaat atlet.

“Kejayaan dicatat atlet pada SOPMA ke 20 ini kerana atlet bersungguh-sungguh dalam program latihan diikuti dan ia menghasilkan keputusan baik dengan memenangi pingat.

“Kita akan terus gigih menjalani latihan untuk mencapai kejayaan lebih besar pada kejohanan akan datang,” katanya kepada Media Selangor.

Skuad olahraga memenangi dua gangsa menerusi atlet lompat tinggi, Muhammad Najib Pauzi dan merejam lembing, Mohammad Danish Jasni.

Parameswaran berkata, pihaknya berharap untuk mencatat kejayaan lebih besar dalam kejohanan lain dan SOPMA ke 21 di Johor Bahru, Johor pada 2020.

“Saya yakin dengan komitmen atlet dan semua pihak, kita mampu mencipta lebih kejayaan pada SOPMA 2020 mengatasi pencapaian kali ini,” katanya.


Pengarang :