NASIONAL

Hubungan Malaysia-Jepun kini paling kukuh

KUALA LUMPUR, 11 NOV: Tiga kunjungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun, baru-baru ini dalam tempoh lima bulan meletakkan hubungan Malaysia-Jepun, pada kedudukan paling kukuh.

Tun Dr Mahathir membuat lawatan rasmi pertamanya ke luar negara, pada Jun tidak lama selepas menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dan Jepun menjadi destinasi pilihan pertamanya.

Memetik BERNAMA, beliau yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri bermula 1981 tidak kenal lelah untuk lebih 100 kali ke Jepun, terutama bagi mempromosikan Dasar Pandang Ke Timur.

Cetusan idea itu adalah satu daripada inisiatif dasar luar negara yang paling berjaya Malaysia laksanakan, dan hasilnya Jepun menjado pelabur asing terbesar serta terawal, di negara ini.

Langkah itu sekali gus meningkatkan lagi peranan ekonomi dan bantuan Jepun ke Malaysia.

Malaysia juga diharap dapat mempelajari dan mengamalkan etika kerja serta sistem nilai rakyat negara matahari terbit itu sehingga mendorong Jepun dari sebuah negara tanpa sumber semula jadi kepada kuasa ekonomi utama dunia.


Pengarang :