BERITA UTAMASELANGOR

Lebih 100 sambut kepulangan MB di KLIA

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 31 DIS: Kepulangan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan keluarga daripada mengerjakan Umrah disambut lebih 100 penyokong.

Beliau yang tiba dengan penerbangan SV842 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 10.00 malam tadi.

Para penyokong yang rata-rata terdiri daripada ahli Parti KEADILAN itu setia menanti ketibaan Amirudin sejak jam 8.30 malam sambil membawa pelbagai kain rentang yang menyatakan sokongan kepada Amirudin.

SelangorKini difahamkan sebahagian besar penyokong yang hadir terdiri daripada barisan kepimpinan cabang KEADILAN seluruh Selangor bagi menzahirkan kepimpinan Amirudin sebagai Pengerusi KEADILAN Selangor.

Sebaik Amirudin muncul di pintu keluar laluan orang kenamaan, beliau disambut dengan laungan sokongan para penyokong.

Ahli Dewan Negara, Senator Dr Yaakob Sapari yang mengetuai sambutan itu berkata, KEADILAN Selangor menyokong penuh kepimpinan Amirudin.

“Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Amirudin Shari untuk memimpin KEADILAN Selangor,” katanya.


Pengarang :