SELANGOR

MB bersemangat, tak sabar kembali bertugas

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 31 DIS: Walaupun keletihan selepas mengharungi perjalanan panjang daripada menunaikan ibadah Umrah, namun Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari begitu bersemangat kembali bertugas.

Beliau berkata, lebih-lebih lagi beliau memikul amanah sebagai Dato’ Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kepada kita semua tetapi ini bukan sokongan peribadi kepada saya tetapi yang penting sokongan untuk memastikan KEADILAN Selangor bertambah kuat dan kukuh.

“Kita sedia maklum 9 Mei lepas kita diberikan amanah dan kita adalah dalam penggal ketiga pentadbiran Kerajaan PAKATAN yang diketuai KEADILAN dan kita harus sampai dalam melaksanakan tugas kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebaik selamat tiba daripada Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang selepas menunaikan ibadah umrah, di sini, malam tadi.

Katanya, anggota KEADILAN haruslah bermuafakat dan mengembeling tenaga untuk mambatu mengukuhkan parti.

Terdahulu, lebih 100 penyokong yang terdiri daripada anggota parti, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menyambut kepulangan Amirudin.


Pengarang :