GLOBALPELANCONGANSELANGOR

Selangor-NTB jalin ‘Sister City’ bagi pembangunan bandar

OLEH AFIX REDZUAN

LOMBOK, INDONESIA, 19 DIS: Kota Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB) sedia bekerjasama dengan Shah Alam bagi meningkatkan hubungan dua hala ibu negeri menerusi jalainan konsep ‘Sister City’ sebagai usaha bertukar pandangan ke arah pembangunan lebih baik.

Hasrat itu dizahirkan Walikota Matarang, TGH Akhyarr Abduh ketika menerima kunjungan Deligasi Negeri Selangor yang diketuai EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim di Pendopor Walikota Mataram yang berlangsung hampir setengah jam.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah,Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Rosli Bakar dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama pasangan masing-masing.

Dalam pertemuan itu, Akhyar turut memakaikan Sapuk; pakaian pahlawan suku kaum Sasak kepada Izham selaku ketua pertemuan Deligasi Negeri Selangor.

Kota Mataram adalah ibu kota provensi NTB dengan keluasan 6,000 hektar dan mempunyai 459,000 penduduk.

Izham dalam ucapan ringkasnya turut menyatakan kesediaan Selangor untuk bekerjasama dengan NTB bagi berkongsi manfaat khususnya dalam bidang pembangunan bandar.


Pengarang :