SELANGOR

Projek ‘Procleaner’ LZS ubah status asnaf

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 27 JAN: Projek ‘Procleaner’ yang diilhamkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengubah status golongan asnaf menjadi usahawan, sekali gus tidak lagi bergantung dengan bantuan.

LZS melalui kenyataannya berkata, projek terbabit bagi membantu usahawan asnaf fakir dan miskin untuk menjana pendapatan sendiri.

“Projek ‘Procleaner’ diteruskan setelah LZS melihat kejayaan salah seorang asnaf dari Sepang, Mohd Fauzi Mohd Aziz yang berjaya dalam bidang perkhidmatan dan keluar dari kelompok asnaf.

“Melalui perniagaan ini, beliau membuktikan perniagaan perkhidmatan boleh mencapai pendapatan tinggi,” katanya.

Pada masa sama, LZS berkata, pihaknya meneruskan projek terbabit dengan pemberian peralatan mencuci kepada 10 usahawan asnaf fakir miskin untuk kumpulan pertama.

“Projek ‘Procleaner’ adalah perniagaan perkhidmatan mencuci pelbagai kusyen, karpet dan servis lain.

“Semoga usahawan terpilih akan terus maju dan meningkatkan ekonomi serta keluar dari kepompong asnaf fakir serta miskin,” katanya.


Pengarang :