PBTSELANGOR

Sambutan Mesra Gong Xi Fa Chai MPK 18 Februari

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 31 JAN: Majlis Mesra Gong Xi Fa Chai bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2019 akan diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua (Persendirian), Jalan Kota Raja Klang, pada 18 Februari ini.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dijangka hadir bagi merasmikan majlis yang akan bermula, pada jam 7.00 malam.

“Pelbagai acara persembahan kebudayaan Cina akan dipersembahkan pada majlis terbabit.

“Dalam majlis sama, MPK akan turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin seramai 201 orang meliputi setiap kawasan zon Ahli Majlis,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 1/2019.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Mohamad Yasid turut mengingatkan warga Klang supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman serta dapat menyambutnya dengan penuh kemeriahan.


Pengarang :