SUKANKINI

Pasukan Bola Sepak Wanita Selangor cari bakat baru

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 FEB: Pasukan Bola Sepak Wanita Selangor kini sedang mencari bakat baru untuk diserap kedalam pasukan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melalui kenyataan di laman facebook memberitahu, pemilihan terbuka itu akan diadakan bermula 9 hingga 10 Februari ini.

“Orang ramai yang berminat diharap tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dan boleh datang beramai-ramai ke Padang B SUK Shah Alam bermula jam 9.30 pagi.

“Jika berminat anda boleh menghubungi Zainal di talian 0126253729 dan Suzana, 0172672597,” katanya.

Sebelum ini FAS turut bercadang mahu melahirkan lebih ramai pengadil wanita menjelang tahun depan.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pihaknya sedang merangka beberapa garis panduan bertujuan mempromosikan bidang pengadilan kepada golongan wanita.

Katanya, trend penglibatan golongan wanita dalam sukan bola sepak masih kurang berbanding dengan negara luar.

“Oleh itu, FAS komited untuk menggalakkan lebih ramai wanita berkecimpung dalam kerjaya selaku pengadil,” katanya.


Pengarang :